Vlog tkde context

 Assalamualaikum dan hai semua. Harini aku nak cerita sikit tentang vlog aku yang bertajuk “Vlog Takde Context”. Macam tajuk yang aku pilih, vlog ni memang tak mempunyai tema yang tertentu. Aku cuma nak rakam aktiviti harian aku dan kongsi sedikit tentang apa yang aku buat sepanjang hari.

Sebagai seorang pelajar, hari-hari aku biasanya dipenuhi dengan kelas, tugasan dan aktiviti lain. Ada masa aku sibuk dengan kerja yang pensyarah bagi, dan ada masa aku boleh berehat sekejap dengan kawan-kawan. Bagi aku, kehidupan sebagai pelajar memang ada cabaran dia tersendiri, terutamanya apabila banyak tugasan perlu disiapkan dalam masa yang sama.

Selain belajar, aku juga suka meluangkan masa dengan kawan-kawan sebab sekurang-kurangnya aku dapat hilangkan rasa penat selepas menjalani aktiviti seharian. Kadang-kadang, benda yang nampak biasa pun boleh jadi kenangan yang menarik apabila kita tengok balik pada masa akan datang.

Sebenarnya, aku tak merancang sangat apa yang nak dimasukkan dalam vlog ni. Aku cuma nak buat vlog yang santai dan tak terlalu serius. Tak semestinya setiap video yang kita buat kena ada jalan cerita yang menarik atau mesej yang mendalam. Kadang-kadang, video yang random pun boleh menghiburkan, bergantung pada cara kita merakam dan berkongsi cerita.

Melalui vlog ni juga, aku dapat mencuba sesuatu yang berbeza dan belajar cara untuk menghasilkan kandungan yang lebih menarik. Walaupun nampak mudah, menghasilkan vlog memerlukan sedikit usaha dari segi rakaman, penyusunan video dan idea yang ingin disampaikan.

Kesimpulannya, vlog “Takde Context” ini merupakan satu cara untuk aku merakam aktiviti harian dan mencuba pengalaman baharu. Walaupun tiada tema yang khusus, aku berharap vlog ini tetap menarik untuk ditonton. Mungkin suatu hari nanti, aku boleh tengok semula rakaman ini dan mengimbau kenangan sepanjang kehidupan aku sebagai seorang pelajar.

Sekian sahaja daripada aku untuk vlog kali ini. Terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca blog ini. Jumpa lagi dalam vlog yang akan datang!


Comments

Popular posts from this blog

Making teh slushies with pakciktiktok✨✨